移民局一对官员夫妻,涉嫌在4年内收受贿款高达90万令吉,并利用赃款开设一家金店及购买豪车,在突击行动在,反贪会在金店查获约3公斤,总值140万令吉的金饰。

反贪会揭露,两名嫌犯以女方家人及孩子的名义作为代理人,以约60万令吉资金开设金店。

执法人员已于本月10日至14日向马六甲爱极乐推事庭申请,并获批准延扣这对年约40岁的夫妻5天。

反贪会副首席专员(行动)阿末库赛里透露,2名嫌犯涉嫌参与一项“漂白计划”,即协助雇主为无证外劳申请合法工作准证。

他指出,该程序要求雇主先将外劳档案提交执法组进行初步审查,若通过首轮筛查,雇主需把档案交给嫌犯,以确认文件是否完整,才能获发收据账户。但为了将流程从7天缩短至3天,据悉雇主需为每名外劳支付700令吉。

他透露,相关贿金以现金方式收取,并分发给档案处理官员,而嫌犯则从中抽取每名外劳150令吉。

两人自2020年以来的4年内,相信共积累约90万令吉贿金,其中部分资金被用来开设金店,其余则用于购买豪华汽车。

他提到,反贪会在彭亨突击搜查金饰店时,发现约3公斤,总值约140万令吉的黄金。

目前,案件援引2009年反贪会法令第16(a)(B)条文(索贿或受贿)调查。

(整理自《南洋商报》)

@sprm.malaysia

Sepasang suami isteri pegawai Jabatan Imigresen didapati mampu membuka sebuah kedai emas disyaki bermodalkan wang rasuah diterima mereka dalam tempoh empat tahun. Dalam tempoh tersebut, suspek dipercayai berperanan mengatur kemasukan warga asing tanpa dokumen lengkap ke negara ini. Hasil siasatan mendedahkan bahawa pasangan berkenaan telah menggunakan nama adik wanita tersebut dan anak mereka sendiri sebagai proksi bagi membuka kedai emas itu dengan modal berjumlah kira-kira RM600,000. Dalam siasatan kes Op Dygo ini, SPRM telah menahan reman sepasang suami isteri berusia lingkungan 40-an itu selama lima hari bermula 10 September sehingga 14 September setelah Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka membenarkan permohonan reman SPRM. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, suspek berkenaan terlibat dalam tugasan program pemutihan yang bertujuan memberi peluang kepada majikan mendapatkan permit kerja sah bagi pekerja asing tanpa permit. Jelas beliau, proses tersebut memerlukan majikan menghantar fail-fail pekerja warga asing berkenaan untuk dibuat semakan pertama oleh bahagian penguat kuasa. “Setelah melepasi peringkat pertama tapisan, majikan yang mempunyai fail-fail warga asing perlu membawa fail berkenaan kepada suspek untuk menentukan kelengkapan dokumen sebelum memperoleh Akaun Penerimaan (AP). “Bagaimanapun, bagi mempercepatkan proses berkenaan daripada tujuh hari kepada tiga hari sahaja, majikan dipercayai perlu membayar RM700 bagi setiap seorang warga asing,” katanya. Menurut beliau, bayaran rasuah tersebut diterima secara tunai serta diagihkan kepada pegawai lain yang menguruskan fail dan suspek menerima RM150 bagi setiap warga asing. Katanya, dalam tempoh empat tahun bermula 2020, suspek dipercayai telah mengumpul kira-kira RM900,000 yang digunakan untuk membuka kedai emas dan selebihnya membeli sebuah kereta mewah. Dalam pada itu, beliau berkata, semasa serbuan dibuat di kedai barangan kemas di Pahang itu mempunyai simpanan emas dianggarkan seberat tiga kilogram dengan nilai harga semasa kira-kira RM1.4 juta. Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) ASPRM 2009. Ikuti media sosial rasmi SPRM untuk perkembangan berita selanjutnya. #taatsetia #SPRMMalaysia #rasuahdihinamaruahdibina

♬ Dramatic – Big Dreams